About Me

My photo
NO TEL : 09-8583559 NO FAKS: 09-8593560

Saturday, February 12, 2011

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Merupakan sebuah syarikat Perunding Pengurusan dan Latihan yag di tubuhkan pada 06 Mei 1996. Di miliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Syarikat juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan telah mendapat pengiktirafan sebagai Perunding Kursus bagi badan-badan kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri  Kelantan (PKINK), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Yayasan Tekun Nasional dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Berdasarkan kepada perkembangan baik ini, pengurusan telah mewujudkan modul-modul terbaru yang telah menarik minat dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu pada tahun 2008/2009.


Antara agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah melantik syarikat sebagai Pengendali Kursus adalah :
  1. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) .
  2. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). 

No comments:

Post a Comment